hola.. lama aku tk update blog. setelah disuruh mengemaskini oleh DD, lalu aku turuti perintah. haha. lagipun aku amat pening kepala membuat connection system. dahulunya versi 4 skrg sudah 5.4.2. alamak jauh ketinggalan dibuatnya. kena bertapa utk mempelajari langkah secara manual. lepas itu kena tahu gmana mau compile and run the program.adeh balik zaman batu betul!
aku mau cete mengenai farewell. bukan utk aku la. insyallah aku akan mengiku jejaknya. aku penah cete pesal opismate aku sblm ini. maka beberapa minggu lepas, kami seangkatan telah mengadakan makan tengah hari di tupe-tupe. kenapa pilih tempat cam tu? yelah dulu org berhenti, tiada jamuan perpisahan. sejak ada kutipan paksa rela pada setiap bulan, bolehla hendak meraikan. pastu dekat dgn opis KL. rugi betui new staff tk join. bukan rezekinya!
tapi ada org ingin merasakan suasana dlm rimba dan kampung. tempat ini dipenuhi oleh pohon-pohon yang merimbun. tempat makan dibina drpd kayu kayan (mcm rumah kampung mak aku). tk lupa juga ada seekor iguana akan menyambut kedatangan tetamu sebelum masuk ke ruang makan utama. tp di sini juga ada steam boat. pelbagai jenis steamboat blh dimakan. mee shj ada 7 jenis. akan tetapi sekiranya ada pembaziran makanan, setiap 100gm akan didenda rm10.
berbalik dr cete farewell lunch, aku amat gemari makanan ala carte di situ. masakan ( ala carte shj ) amat menyelerakan. apakah menu itu? menu kami pesan adalah ikan jenahak butter black pepper (ini bukan official name sbb aku tk ingat namanya), then kangkong goreng, sotong bersalut tepung (sgt ranggup), tahu masak sambal. tom yam seafood agak kurang skit berbanding tmpt mkn aku selalu pegi.
oh ya aku amat suka air dragon fruit berwarna merah bersama longan. minuman ini sangat sedap sebab suka dragon fruit. oleh krn tk puas makan di tupe-tupe, pada keesokkan hari aku telah mengajak parent aku ke situ. mereka bilang amat sedap sekali. malah ayah aku terkejut ikan jenahak dipesan amat berbaloi saiznya. tambahan pula tiada lagi restoran d KL menyediakan ikan jenahak.
pada mulanya mak aku mengomel mengatakan butter akan mual. akan tetapi die meratah sampai licin. ini kerana ikan jenahak itu digoreng deep fried. mak aku merasakan kuah butter itu telah diperbuat drpd peanut butter dan dicampur dgn black pepper. hoho..die menyuruh aku mencuba. malangnya gas memasak di rumah aku telah habis. ooh aku hampir lupa utk beli dan tukar tong gas.
oleh itu, marilah tgk gmbr di bawah utk melihat rupa sebenar masakan. gambar inin aku tk tangkap byk. ini kerana hero tamil dengki dgn aku. selamba die sound aku,"tau la pakai enphon mahal, mengada-ngada nk tngkp gambo". sempat lagi sengih mcm kerang bucuk. ooh nasib baik mood aku baik waktu itu. jika tidak pasti aku akan bambu balik. hahaha..

air dragon fruit dan sotong bersalut tepung

ikan jenahak dimasak butter pepper

tahu bersama tom yam seafood