hohoho..sudah 9 hari kite d tahun baru. hari ini aku telah pegi ke base. ambik souvenir dr akak pegi buat haji. die makin kurus dan cun. memang layak dipanggil hajah cun. well die beri gelang, kurma dan tasbih. siapa pernah gi tanah suci, tk excited sgt terima brg cam tu. tp memandangkan die opismate aku, terima sahajalah demi jaga hatinya.
sewaktu aku sampe, org-org di situ kecoh tanya apa pengalaman menariknya. die pun mengatakan dirinya demam selama 3 hari sewaktu di Mina. kemudian badannya nmpk kurus kerna berjalan kaki ke masjid dr hotel. jarak perjalanan 450m. aku tk terkejut sbb pernah duduk lebih jauh dr itu. teringat lg setiap kali sebelum waktu solat aku berjalan laju dgn mak aku selama 15 minit (kekdg aku tertinggal die tp tunggu die dpn pintu King Aziz). gara-gara itulah beratku turun sebanyak 5 kilo selama 10 hari. waaah bestnya ke sana! peluh tk terasa biarpun panas membahang!
well berbalik cete pengalaman akak td. die menceritakan saat-saat cemas sewaktu di atas kapal terbang utk balik ke tanah air. sewaktu die berlepas ke lapangan terbang antarabangsa di Jeddah (kecik tuek jer airportnya!), penumpang sblh kiri sudah perasan sesuatu akan berlaku nanti. tapi mereka diamkan sahaja kerna takut kena marah dgn pramugari. dan akak nie merasakan pelik kenapa mereka membisik sesama sendiri bila die menoleh ke kiri. oleh kerana die tk tau apa maka die tidak abik peduli.
die pun memasang tali pinggang di kerusi dan kapal terbang pun berlepas dr lapangan terbang. saat itu, die amat merasa lega krn dpt menunaikan haji dgn jaya serta selamat pegi ke tanah suci. lebih kurang setengah jam, die pun menjamu selera dgn hidangan yg disediakan. selepas makan penuh rasa kekenyangan, die pun tertido. sedang lena die tido, tetiba terdengar pengumuman.
tp die tk degar sgt pengumuman kerna masih keadaan mamai. tp die lihat org-org sebelah kiri sudah kecoh. macam ada sesuatu tidak kena bisik hatinya. maka dgn selamba, die pun bangun. saat die berjalan tetiba, pramugari menyuruh die duduk kembali. die tetap nk ke tandas. alasannya mau buang air padahal nk tau ape sudah berlaku. die pun pergi ke kabin tengah utk membuang air setelah pramugari td mengalah.
setelah itu, die pun pegi ke lorong kiri. die pelik kenapa keadaan di situ gelap. rupanya semua tingkap telah ditutup. die bertambah pelik lg. lalu mengurangkan merasakan gusar, die bertanya org di lorong kiri. org di situ mengatakan enjin sebelah kiri sudah terbakar. mendengar saja perkataan terbakar, hatinya sudah kecut. kemudian die pandang pramugari di depannya. mukanya amat kalut. tetiba entah macamane, topeng oksigen terkeluar setelah die kembali ke tempat duduk.
ekoran kejadian itu, situasi di dalam kapal terbang menjadi gamat dan riuh sebentar. biarpun pramugari cuba menenangkan penumpang, tapi mukanya jelas kelihatan ketakutan. ini menambahkan lagi kebimbangan. rupa-rupanya sudah 3 jam perjalanan dan terpaksa patah balik ke Madinah. keadaaan makin menakutkan apabila kapal terbang yang dinaiki telah bergegar beberapa kali.
saat mahu mendarat, die telah terlihat setiap 500m ambulan dan kete bomba sudah bersiap sedia. ini krn terdapat sedikit kebocoran di tangki minyak membolehkan kapal tergelincir dr landasan. atau pun kapal terbang blh terbakar disebabkan kerosakan enjin. saat itu, die berdoa dan berserah kepada Allah utk menyelamatkan semua dan jauhi segala kemalangan. sesudah kapal terbang berhenti, semua penumpang kalut dan berebut mahu keluar. nasib baik sempat ditenteramkan oleh pramugari.
ooh itulah pengalaman yg amat mengerikan pdnya. die merasakan kelakar apabila menjejak kaki di lapangan terbang, pak arab di situ berteriak dan mengatakan "Haji, Hajah mabrur!" sambil menunjukkan ibu jari ke atas. tergelak sakan akak itu ceritakan bila dia dengar ada 3 org anak dara mengatakan serik dan tk nak naik kapal terbang lg..